KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA SERLAH POTENSI DENGAN MERAIH KEMENANGAN CIP-GPS PERINGKAT NEGERI : PROGRAM PEMERKASAAN GPS.
JOHOR BAHRU, 23 hingga 25 Nov - Kelab Gerakan Pengguna Siswa telah mengikuti Program Pemerkasaan GPS dan Lestari Alam Sekitar peringkat negeri anjuran KPDN di Savanna Hill Resort.
Program pemerkasaan yang dilaksanakan selama 3 hari melibatkan seramai 7 orang wakil Gerakan Pengguna Siswa UTM (GPS UTM) iaitu Insyirah Binti Ash'ari, Hanis Wahidah Binti Abd Wahab, Muhammad Najmi Shah Bin Muhamed Azam Shah, Izzah Sofiyah Binti Mohd Murtadha, Amirul Irfan Bin Ahmad Sophian, Nursafiqah Binti Hamzah dan Rozaidi Bin Roslan. Pada 23 Nov, program dimulakan dengan pendaftaran peserta yang disusuli dengan aktiviti Sukan Rakyat atau Team Building. Seterusnga, mereka turut terlibat dengan Aktiviti liga bola jaring. Semangat berpasukan yang tinggi dan sikap tidak mudah berputus asa dalam diri setiap wakil GPS UTM, telah berjaya menempatkan kelab Gerakan Pengguna Siswa pada kedudukan tertinggi iaitu “JOHAN”.
Barisan Wakil Gerakan Pengguna Siswa UTM
Pada 24 Nov, program diteruskan dengan aktiviti Flag Off Cabaran Intelektual Pengguna Gerakan Pengguna Siswa (CIP-GPS). Aktiviti CIP-GPS ini adalah berkonsepkan explorace dimana mereka perlu mengharungi sebanyak enam checkpoint . Tugasan yang berbeza-beza perlu diselesaikan oleh peserta wakil GPS UTM di setiap checkpoint. Namun dengan pemikiran kreatif serta kekuatan fizikal dan emosi mahupun rohani setiap wakil tidak menghalang mereka untuk menyelesaikan setiap checkpoint dengan jayanya. Malah, mereka berjaya membawa pulang kemenangan “JOHAN” bagi aktiviti CIP-GPS dan membanggakan kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM diperingkat negeri.
Sesi Bergambar Sebelum aktiviti CIP-GPS
Pengisian program diteruskan dengan sesi perkongsian taklimat yang berlangsung pada 25 Nov. Telah berlangsungnya 3 sesi taklimat pada hari tersebut. Taklimat pertama adalah bertajuk “Garis Panduan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) 2024” telah disampaikan oleh Unit Pendayaupayaan Pengguna, taklimat kedua adalah “Price Catcher” yang disampaikan oleh Bahagian Harga Barang Negara dan taklimat yang terakhir adalah “ Hero Pengguna” yang turut disampaikan oleh Unit Pendayaupayaan Pengguna. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk menambah pengetahuan peserta mengenai Gerakan Pengguna Siswa.
Program yang berlangsung selama 3 hari ini telah mencipta banyak kenangan manis bagi kelab Gerakan Pengguna Siswa hasil kejayaan yang diraih oleh wakil GPS UTM. Dimana secara keseluruhan, mereka telah berjaya membawa pulang dua anugerah berkumpulan iaitu Johan bagi pertandingan Liga Bola Jaring dan Johan bagi Cabaran Intelektual Pengguna Gerakan Pengguna Siswa (CIP-GPS). Malah mereka juga telah berjaya meraih dua kemenangan secara individu iaitu, pakaian tercantik yang dimenangi oleh saudara Rozaidi Bin Roslan dan cabutan bertuah oleh saudari Insyirah Binti Ash'ari.
Sesi Bergambar Wakil GPS Utm Bersama Hadiah Kemenangan Sepanjang Program
Kelab Gerakan Pengguna Siswa merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan wakil GPS UTM atas kejayaan yang diraih sepanjang program Pemerkasaan GPS ini, disamping mengharapkan agar barisan GPS UTM yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sentiasa bersemangat untuk terus mencipta kejayaan bagi kelab ini pada masa akan datang. There is immense power when a group of people with similar interests gets together to work toward the same goals.