Ahad, 10 Mac 2024

KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA MEMPERKASAKAN PENGETAHUAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

JOHOR BAHRU, 26 Nov - Dataran UTM menjadi medan perhimpunan yang membangkitkan semangat kesedaran pengguna dalam kempen yang dianjurkan oleh Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dengan kerjasama FESKO67, KPDN serta penyertaan beberapa institusi pengajian tinggi seperti politeknik dan UTHM. Acara tersebut bertujuan untuk memberikan pendidikan serta meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna kepada komuniti pelajar serta masyarakat umum.

Ciri utama program ini adalah pengenalan kepada konsep "Pengguna Bijak, Tahu Hak, Berani Bertindak". Melalui sesi interaktif, peserta diajar untuk menjadi pengguna yang peka terhadap hak mereka, memahami tanggungjawab mereka dalam transaksi penggunaan, dan memperoleh keberanian untuk bertindak jika hak mereka dilanggar.

 

Slot pertama: Aduan Pengguna

 

Salah satu aspek penting dalam program ini adalah slot ceramah yang dianjurkan oleh Unit Aduan KPDNKSH Johor, yang membincangkan isu-isu mengenai aduan pengguna secara terperinci. Dalam sesi ini, wakil dari unit aduan memberikan pandangan yang mendalam tentang proses penyelesaian aduan pengguna, hak-hak pengguna dalam konteks aduan, dan strategi untuk melindungi diri daripada penipuan atau masalah penggunaan lainnya.

 

Slot Kedua: Penerangan Aplikasi “Price Catcher’

 

Penerangan mengenai aplikasi "Price Catcher" yang dipersembahkan oleh Bahagian Harga Barang Negara (BHBN) KPDNKSH Johor merupakan sorotan utama dalam program ini. Dalam sesi ini, wakil dari BHBN menjelaskan secara terperinci tentang aplikasi tersebut, yang bertujuan untuk membantu pengguna bagi membandingkan harga barangan dari pelbagai peniaga sebelum membuat keputusan pembelian. Penjelasan ini memberi penekanan kepada para pengguna bahawa betapa pentingnya menggunakan alat-alat digital bagi membantu untuk membuat keputusan pembelian yang lebih bijak dan ekonomi.

 

Sesi penyampaian hadiah Kuiz Hero Pengguna

 

Selain itu, program ini juga menyediakan ruang untuk berinteraksi dan sesi Kuiz Hero Pengguna bagi mengunji minda para peserta hadir. Pelbagai hadiah yang menarik juga ditawarkan, termasuklah hadiah terkumpul sebanyak RM260. Dengan adanya kuiz ini, peserta dapat menguji pengetahuan mereka tentang hak-hak pengguna dalam suasana yang menyeronokkan. Sesi penyampaian hadiah dan jamuan makan turut menyempurnakan acara dengan memberikan penghargaan kepada usaha peserta.

 

Sesi bergambar barisan AJK

 

Kerjasama erat antara GPS UTM, FESKO67, KPDN, serta penyertaan politeknik dan UTHM telah memberikan dimensi yang luas kepada Kempen Kesedaran Pengguna ini. Dengan melibatkan pelbagai institusi pengajian tinggi, program ini mampu mencapai sasaran yang lebih meluas dalam menyebarkan kesedaran pengguna dan meningkatkan perlindungan terhadap hak-hak pengguna. Diharapkan bahawa melalui pendidikan dan penglibatan aktif, masyarakat dapat menjadi lebih proaktif dalam melindungi hak-hak mereka dan membuat keputusan yang bijak sebagai pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Karnival Generasi Pengguna Pintar: Bicara Kepenggunaan Mengenai Belia & Krisis Kewangan

JOHOR BAHRU, 24 Mei - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil langkah proaktif dalam memperkenalkan Program "Bicara Kepengg...