Ahad, 10 Mac 2024

KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA TAMPILMEWARNAIMALAM DENGAN TEMA “COLOUR BLOCK”

 

JOHOR BAHRU, 28 Disember - Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru telah mengadakan majlis apresiasi bagi memperkuat ikatan dalam kalangan anggota serta menghargai sumbangan para Majlis Tertinggi Sesi 2022/2023. Majlis yang diadakan di Grand Blue Wave Hotel ini menjadi acara penutup bagi sesi 2022/2023, sambil meraikan pencapaian dan komitmen dalam kelab.

 

Majlis yang menghimpunkan anggota kelab GPS UTM Johor Bahru serta tetamu VIP ini menjadi penutup bagi sesi 2022/2023 yang penuh dengan cabaran dan kejayaan. Dengan tema 'Colour Block', suasana majlis diterangi dengan warna-warna yang mencerminkan semangat kepelbagaian dan keharmonian dalam kalangan anggota.


Sesi Pendaftaran Peserta

 

Majlis yang bermula dengan ucapan dan jamuan makan telah menarik perhatian para ahli GPS UTM Johor Bahru serta tetamu VIP yang turut hadir. Dengan bayaran RM20 untuk ahli manakala RM25 untuk bukan ahli, majlis ini menjadi acara yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.

 

Antara objektif utama majlis ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara ahli GPS UTM Johor Bahru, dengan memberikan penghargaan kepada Majlis Tertinggi GPS UTM Johor Bahru atas sumbangan mereka sepanjang sesi 2022/2023, dan memupuk budaya saling menghargai di dalam kelab.


Majlis Penyampaian Hadiah

 

Salah satu tumpuan utama majlis adalah sesi penyampaian sijil penghargaan kepada semua Majlis Tertinggi dan Kabinet Kelab GPS UTM Johor Bahru Sesi 2022/2023, serta sesi penyampian sijil perlantikan kepada Majlis Eksekutif dan Kabinet GPS sesi 2023/2024. Majlis juga disempurnakan dengan beberapa persembahan daripada ahli kelab dan juga VIP.

 

Terdapat juga sesi penyampaian Anugerah Khas yang meliputi Anugerah Krew Terbaik Program GPS, Anugerah Kabinet Terbaik, Anugerah Majlis Eksekutif Terbaik, Anugerah Pengarah Program Terbaik, Anugerah Program Terbaik, dan Anugerah Actor and Actress of The Night. Anugerah-anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan terbaik dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kelab. Slot yang paling dinanti-nantikan oleh semua adalah cabutan bertuah, di mana hadiah-hadiah yang menarik telah disediakan dan dimenangi oleh beberapa tetamu yang bernasib baik.

 

Majlis juga diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata kepada perasmi dan tetamu VIP, sambil memenuhi kehendak protokol dan menghargai kehadiran mereka. Penghargaan merit UTM dan e-sijil juga disampaikan kepada para peserta sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan dari kelab dan universiti.


Barisan Majlis Tertinggi Kelab GPS

 

Dengan berakhirnya majlis apresiasi ini adalah harapan untuk melihat kelab terus berkembang dan mengukuhkan lagi hubungan dalam kalangan anggota. Kejayaan sesi ini menjadi titik tolak bagi GPS UTM Johor Bahru untuk terus bergerak ke hadapan dalam mewujudkan aktiviti-aktiviti yang lebih bermakna bagi komuniti kampus dan masyarakat setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Karnival Generasi Pengguna Pintar: Bicara Kepenggunaan Mengenai Belia & Krisis Kewangan

JOHOR BAHRU, 24 Mei - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil langkah proaktif dalam memperkenalkan Program "Bicara Kepengg...