JOHOR BAHRU, 21
Disember – Program Meet and Greet 1.0 yang dijalankan oleh Kelab Gerakan
Pengguna Siswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini telah berlansung dengan
meriah selari dengan tujuan mengeratkan hubungan antara ahli Kelab (GPS) serta
memberi pendedahan berkaitan hak-hak pengguna.
Program
yang berinisiatif ini sesuai dengan semangat kerjasama dan keharmonian, telah
memikat perhatian sebilangan pelajar UTM. Dengan penuh semangat, Kelab Gerakan
Pengguna Siswa mempersembahkan program yang dijangka memberikan impak positif
dalam kalangan Ahli Kelab (GPS).
Proses
pendaftaran yang berjalan lancar menandakan permulaan yang baik untuk
pengalaman unik ini. Pada pukul 8:20 malam, para pelajar berkongsi keceriaan di
dewan bowling ketika setiap peserta memulakan aksi penuh semangat, mencipta
kenangan yang sukar dilupakan.
Aktiviti
Bowling yang dirancang rapi membawa kepada kejayaan program ini. Sesi
penyampaian hadiah diraihkan dengan sorakan menceriaan suasana. Program ini
bukan hanya mencapai matlamat semangat kekitaan, malah memberi pendedahan
berkongsi ilmu kepengunaan dan hak-hak pengguna sesama ahli Kelab.
Majlis bersurai diakhiri dengan kenangan manis dan semangat kekeluargaan dalam kalangan para peserta. Program Meet and Greet 1.0 telah mencipta dalam Kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM.
Sesi mengambil foto Program
Meet & greet 1.0.
Peserta-peserta Program Meet &
greet 1.0.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan