Isnin, 18 Mac 2024

SANTUNI KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN: PROGRAM MEET & GREET 2.0 KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA UTM

 

JOHOR BAHRU, 25 Januari –Program Meet & Greet 2.0 yang dianjurkan oleh Kelab Gerakan Siswa (GPS) UTM telah dijalankan secara atas talian, namun begitu inisiatif program ini selari dengan keperluan pelajar yang beragama Islam yang bakal menduduki peperiksaan akhir yang menjelang tidak lama lagi. Program ini telah menghadirkan sinar optimisma dan ketenangan dalam menyambut cabaran akademik peperiksaan akhir semester ini.

Program yang dimulakan dengan penuh semangat, bermula dengan pendaftaran peserta yang diiringi kata alu-aluan oleh pengacara majlis. Aura ketenangan telah menyelubungi ruang dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat yang turut disusuli dengan ucapan semangat dari Penasihat Kelab GPS UTM.

Aktiviti cabutan bertuah menjadi faktor keterujaan dari para pelajar yang turut hadir dalam program ini telah mencipta memori. Sesi bergambar dan majlis bersurai telah menyempurnakan pengalaman setiap peserta.


Bacaan Yassin Bersama peserta


Program Meet & Greet 2.0 memperoleh kejayaan dengan penyertaan aktif daripada 137 pelajar, yang terdiri daripada ahli Kabinet Gerakan Pengguna Siswa UTM dan para pelajar UTM yang lain. Kejayaan initelah mencorakkan sebuah acara yang bukan sahaja mencapai objektif asas program malah memberi impak yang positif terhadap motivasi kepada pelajar.

Majlis bersurai dengan meninggalkan kenangan dan semangat untuk menjawab peperiksaan dalam kalangan peserta. Program Meet & Greet 2.0 telah membuktikan bahawa ia adalah suatu peristiwa yang memupuk semangat kejayaan di kalangan pelajar UTM.

Dengan demikian, program ini telah berjaya menyampaikan kesedaran tentang kepentingan usaha, doa, dan tawakal kepada Allah dalam menghadapi cabaran peperiksaan akhir. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua peserta yang bakal menghadapi pada peperiksaan akhir semester ini. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Karnival Generasi Pengguna Pintar: Bicara Kepenggunaan Mengenai Belia & Krisis Kewangan

JOHOR BAHRU, 24 Mei - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil langkah proaktif dalam memperkenalkan Program "Bicara Kepengg...