Isnin, 8 April 2024

Berbagi Berkah Ramadhan: Inisiatif Kelab Gerakan Pengguna Siswa untuk membantu sesama insan

JOHOR BAHRU – 29 MAC 2024, Kelab Gerakan Pengguna Siswa telah menganjurkan Program Berkat Ramadhan yang penuh bermakna serta menyentuh hati. Dalam masa dua hari berturut-turut, kelab ini telah memberikan sumbangan besar kepada masyarakat sekitar dan ini telah  membuktikan semangat kerjasama dan memupuk sifat murah hati yang menjadi asas utama Ketika bulan Ramadhan.

 

Pada hari pertama program, yang bermula pada pukul 08.00 pagi, kelab mengedarkan sumbangan kepada asnaf di Masjid Pulai Indah. Semua kabinet kelab turut serta dalam aktiviti ini, menunjukkan semangat kerjasama dan sifat prihatin  mereka terhadap kesejahteraan komuniti. Selepas Solat Jumaat, anggota kelab bersama-sama memasak bubur lambuk dengan terhasil aroma harum yang memenuhi ruang masjid tersebut serta memberikan sentuhan hangat kepada mereka yang memerlukan. Aktiviti ini terus berlanjut sehingga ke waktu berbuka puasa, di mana anggota kelab berkumpul semula untuk berbuka puasa bersama komuniti di Masjid Pulai Indah. Suasana yang meriah diwujudkan lalu mengukuhkan semangat persaudaraan dalam kalangan mereka dan membawa keterujaan kepada semua yang hadir.

 


Sesi foto bersama ajk dan komuniti Masjid Pulai Indah

 

Pada hari kedua program, pada 30 Mac 2024, aktiviti yang menarik turut diadakan yang dimana Kelab Volunteer dengan kerjasama Kelab Gerakan Pengguna Siswa telah  mengadakan Program Berbuka Puasa Bersama di Rumah Kebajikan Anak Yatim Bandar Tenggara pada pukul 03.00 petang. Walaupun hanya melibatkan 10 orang Sahaja daripada ahli jawatan kuasa yang terlibat namun  kehadiran mereka dapat mencipta ukir senyuman dan kegembiraan oleh anak-anak yatim tersebut yang merindui kasih sayang dan perhatian. Ketibaan mereka disambut dengan meriah oleh staf rumah kebajikan, yang turut gembira menyambut kedatangan mereka.

 

Selama dua jam setengah berikutnya, para peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti bersama anak-anak yatim. Mulai dari permainan, ceramah motivasi, hinggalah tamat, semua dilakukan dengan tujuan untuk membawa kegembiraan kepada anak-anak yang berada di rumah kebajikan tersebut.



Aktiviti dan permainan yang menarik Bersama anak-anak yatim Bandar Tenggara


Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang

                                                       

Kemuncak program ini adalah pada pukul 7 petang, di mana semua peserta dan anak-anak yatim berkumpul untuk berbuka puasa bersama. Suasana di meja makan dipenuhi dengan keceriaan dan kebahagiaan, sementara setiap suapan makanan yang diambil dengan penuh rasa syukur.

 

Setelah berbuka puasa, peserta dan anak-anak yatim bersama-sama melaksanakan solat berjemaah. Selesainya program pada pukul 10 malam, mereka telah  meninggalkan kesan yang mendalam di hati anak-anak yatim tersebut, peserta program bersama-sama bertolak pulang ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), membawa bersama kenangan manis dari pengalaman yang bermakna tersebut.

 

Sesi bergambar AJK dan Rumah Kebajikan Anak Yatim Bandar Tenggara

 

Program berkat Ramadhan ini mencerminkan semangat kebersamaan, kemurahan hati, dan kepedulian sosial yang menjadi nilai inti bagi kelab tersebut. Melalui tindakan nyata mereka, mereka telah menyentuh banyak hati, membawa sinar harapan dan kebaikan dalam bulan penuh berkah ini. Semoga semangat ini terus berkobar dan dapat beri inspirasi kepada semua orang untuk terus berbuat kebaikan.

Program Jejak Sahur GPS santuni pelajar memerlukan sempena bulan Ramadan

JOHOR BAHRU, 30 Mac – Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UTM Johor Bahru telah mengambil inisiatif untuk membantu Pelajar UTM dengan mengedarkan juadah bersahur melalui Program Jejak Sahur GPS 2024 sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Sebanyak 200 bungkus meehoon goreng telah diedarkan kepada Pelajar UTM yang masih berada di kampus melalui program tersebut. Edaran juadah bersahur ini disasarkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan dan kurang berkemampuan (B40).

Image
Juadah sahur yang disediakan kepada pelajar

Pengarah program, Muhammad Afnan Nasruhadi berkata Program Jejak Sahur GPS 2024 merupakan program yang julung kali diadakan oleh Kelab GPS UTM untuk manyantuni pelajar UTM yang memerlukan  di kala kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Melalui program ini, pasukan kami telah mengedarkan juadah bersahur kepada pelajar UTM di lokasi-lokasi yang ditetapkan dan ada sebahagian daripada juadah sahur ini diagihkan terus ke pintu bilik pelajar. Selain itu, kami juga menyediakan khidmat kejut bangun sahur kepada pelajar-pelajar yang telah membuat tempahan juadah sahur tersebut”.

IMG
Sesi agihan juadah sahur di kolej-kolej kediaman

Program Jejak Sahur GPS 2024 ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila 200 slot tempahan juadah sahur penuh dalam tempoh 1 jam.

Berbagi Rezeki Bersama Kelab GPS Dan Kelab SRN Melalui Program Ihya Ramadhan Dapat Sambutan Hangat Warga Utm

Berbagi Rezeki Bersama Kelab GPS Dan Kelab SRN Melalui Program Ihya Ramadhan Dapat Sambutan Hangat Warga Utm


JOHOR BAHRU - 22 Mac 2024, Pada bulan Ramadhan yang mulia, membantu sesama insan merupakan perkara yang baik untuk dilakukan agar dapat menanamkan sifat keprihatinan dan kasih sayang dalam kalangan mahasiswa UTM.


Disebabkan itu Kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM dengan kerjasama Kelab Sekretariat Rukun Negara UTM mengambil inisiatif dengan menganjurkan program Ihya Ramadhan yang bertujuan untuk berkongsi rezeki sesama mahasiswa serta kakitangan UTM melalui agihan bubur lambuk.


Program ini berjalan selama sehari, yang bermula pada jam 4.00 petang. Kesemua ahli jawatankuasa telah diarahkan untuk berkumpul di Masjid Sultan Ismail untuk memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar. Kesemua ahli jawatankuasa menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh disiplin dengan menunjukkan semangat kerjasama dan keterujaan mereka untuk berbagi rezeki kepada komuniti UTM.


Agihan bubur lambuk disekitar Masjid Sultan Ismail


Kemuncak program ini adalah pada pukul 4.30 petang, dimana edaran bubur lambuk mula dilaksanakan. Terserlah raut kesyukuran dan kegembiraan pada wajah-wajah penerima agihan bubur lambuk yang terdiri daripada kalangan mahasiswa dan kakitangan UTM. 


Dalam usaha untuk menjayakan program Ihya Ramadhan, ahli jawatankuasa program telah berjaya membuat agihan sebanyak 200 bekas bubur lambuk yang dilihat berjaya memenuhi objektif utama program dalam usaha untuk berbagi rezeki sesama komuniti UTM.


Sesi bergambar AJK Ihya Ramadan dari Kelab GPS dan Kelab SRN


Usaha-usaha yang dirancang oleh Kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM dan Kelab Sekretariat Rukun Negara UTM diharapkan mampu mengimarahkan kedatangan bulan Ramadhan dan memupuk sifat-sifat mulia dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UTM. Sebagaimana hadis riwayat At-Tirmidzi:


عَنْ اَنَسٍ قِيْلَ يَارَسُولَ اللهِ اَيُّ الصَّدَقَةِ اَفْضَلُ؟ قَالَ: صَدَقَةٌ فِى رَمَضَانَ


Artinya, “Dari Anas dikatakan, ‘wahai Rasulullah, sedekah apa yang nilainya paling utama?’ Rasul menjawab ‘Sedekah di bulan Ramadhan’.







Karnival Generasi Pengguna Pintar: Bicara Kepenggunaan Mengenai Belia & Krisis Kewangan

JOHOR BAHRU, 24 Mei - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil langkah proaktif dalam memperkenalkan Program "Bicara Kepengg...