JOHOR BAHRU – 29 MAC 2024, Kelab Gerakan Pengguna Siswa telah menganjurkan Program Berkat Ramadhan yang penuh bermakna serta menyentuh hati. Dalam masa dua hari berturut-turut, kelab ini telah memberikan sumbangan besar kepada masyarakat sekitar dan ini telah membuktikan semangat kerjasama dan memupuk sifat murah hati yang menjadi asas utama Ketika bulan Ramadhan.
Pada
hari pertama program, yang bermula pada pukul 08.00 pagi, kelab mengedarkan
sumbangan kepada asnaf di Masjid Pulai Indah. Semua kabinet kelab turut serta
dalam aktiviti ini, menunjukkan semangat kerjasama dan sifat prihatin mereka terhadap kesejahteraan komuniti.
Selepas Solat Jumaat, anggota kelab bersama-sama memasak bubur lambuk dengan
terhasil aroma harum yang memenuhi ruang masjid tersebut serta memberikan
sentuhan hangat kepada mereka yang memerlukan. Aktiviti ini terus berlanjut
sehingga ke waktu berbuka puasa, di mana anggota kelab berkumpul semula untuk
berbuka puasa bersama komuniti di Masjid Pulai Indah. Suasana yang meriah diwujudkan
lalu mengukuhkan semangat persaudaraan dalam kalangan mereka dan membawa keterujaan
kepada semua yang hadir.
Pada
hari kedua program, pada 30 Mac 2024, aktiviti yang menarik turut diadakan yang
dimana Kelab Volunteer dengan kerjasama Kelab Gerakan Pengguna Siswa telah mengadakan Program Berbuka Puasa Bersama di Rumah
Kebajikan Anak Yatim Bandar Tenggara pada pukul 03.00 petang. Walaupun hanya
melibatkan 10 orang Sahaja daripada ahli jawatan kuasa yang terlibat namun kehadiran mereka dapat mencipta ukir senyuman
dan kegembiraan oleh anak-anak yatim tersebut yang merindui kasih sayang dan
perhatian. Ketibaan mereka disambut dengan meriah oleh staf rumah kebajikan,
yang turut gembira menyambut kedatangan mereka.
Selama
dua jam setengah berikutnya, para peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti
bersama anak-anak yatim. Mulai dari permainan, ceramah motivasi, hinggalah
tamat, semua dilakukan dengan tujuan untuk membawa kegembiraan kepada anak-anak
yang berada di rumah kebajikan tersebut.
Aktiviti dan permainan yang menarik Bersama anak-anak yatim Bandar Tenggara
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang
Kemuncak
program ini adalah pada pukul 7 petang, di mana semua peserta dan anak-anak
yatim berkumpul untuk berbuka puasa bersama. Suasana di meja makan dipenuhi
dengan keceriaan dan kebahagiaan, sementara setiap suapan makanan yang diambil
dengan penuh rasa syukur.
Setelah
berbuka puasa, peserta dan anak-anak yatim bersama-sama melaksanakan solat
berjemaah. Selesainya program pada pukul 10 malam, mereka telah meninggalkan kesan yang mendalam di hati
anak-anak yatim tersebut, peserta program bersama-sama bertolak pulang ke
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), membawa bersama kenangan manis dari
pengalaman yang bermakna tersebut.
Sesi bergambar AJK dan
Rumah Kebajikan Anak Yatim Bandar Tenggara
Program
berkat Ramadhan ini mencerminkan semangat kebersamaan, kemurahan hati, dan
kepedulian sosial yang menjadi nilai inti bagi kelab tersebut. Melalui tindakan
nyata mereka, mereka telah menyentuh banyak hati, membawa sinar harapan dan
kebaikan dalam bulan penuh berkah ini. Semoga semangat ini terus berkobar dan dapat
beri inspirasi kepada semua orang untuk terus berbuat kebaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan