Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, pertandingan ini juga merupakan satu pentas bagi murid-murid untuk mempromosi dan mengetengahkan idea kreatif berkaitan kepenggunaan dengan lebih meluas. Pelaksanaan pertandingan ini secara tidak langsung menyokong usaha negara untuk menggalakkan penggunaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar.
Terdapat empat sekolah kebangsaan yang terlibat dalam pertandingan ini iaitu SK Tengku Mariam (PPD Batu Pahat), SK Felda Air Tawar 1 (PPD Kota Tinggi), SK Felcra Bukit Kepong (PPD Muar) dan SK (P) Sultan Ibrahim (PPD Johor Bahru). SK Tengku Mariam telah menjuarai Choral Speaking Kepenggunaan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000 berserta plak.
Diharapkan penganjuran pertandingan ini dapat menjadi wadah permulaan bagi golongan cilik untuk terus menyerlahkan bakat yang mereka ada disamping menyebarkan ilmu mengenai kepenggunaan dalam satu gelombang baru. Semoga acara ini juga dapat meningkatkan pengetahuan semua pelajar tentang isu-isu pengguna yang sering berlaku dalam negara dan penyelesaiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan