KGPP'23-UTM Johor Bahru, 6 Mei 2023 - Pertandingan Eksplorasi Kepenggunaan ini telah memperolehi penyertaan seramai 50 orang dalam kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi awam dan swasta di sekitar negeri Johor yang membentuk 10 pasukan secara menyeluruh. Institut yang terlibat adalah Universiti Teknologi Malaysia, Politeknik Ibrahim Sultan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Pagoh dan Institut Pengajian Guru Temenggong Ibrahim.
Eksplorasi Kepenggunaan ini telah diadakan di sekitar kawasan Universiti Teknologi Malaysia yang dimulakan dengan aktiviti warm up yang disertai oleh semua peserta dan ahli jawatankuasa. Seterusnya, sesi taklimat oleh pengarah Eksplorasi Kepenggunaan iaitu Saudara Muhammad Najmi Shah bin Mohamed Azam Shah kepada para peserta diikuti Flag Off bagi semua peserta memulakan perjalanan bagi menyelesaikan semua checkpoint yang telah disediakan.
Pertandingan ini memaparkan kepelbagaian aktiviti yang disediakan bagi peserta menyelesaikan misi yang disediakan bagi setiap checkpoint. Setiap peserta juga dilihat amat seronok dalam menyelesaikan semua aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti yang telah dipertandingkan memerlukan daya kekuatan fizikal dari setiap peserta bagi menyelesaikan tugasan di setiap checkpoint kerana mereka perlu pantas dalam setiap pergerakkan.
Para peserta dapat dilihat amat menikmati setiap aktiviti yang telah disediakan. Mereka juga menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi merebut hadiah tempat pertama yang berjumlah RM300.00 beserta sijil dan hamper, tempat kedua pula akan membawa pulang hadiah berjumlah RM200.00 beserta sijil dan hamper dan tempat ketiga membawa pulang wang tunai sebanyak RM100.00 beserta sijil dan hamper manakala saguhati membawa pulang sijil dan hamper.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan