Rabu, 10 Mei 2023

"GENERASI MUDA BERBICARA MELALUI PERTANDINGAN PIDATO KEPENGGUNAAN IPT 2023"

UTM Johor Bahru, 7 MEI 2023- Dalam upaya untuk mendorong kepimpinan dan memberikan suara kepada generasi muda yang inspiratif, Pertandingan Pidato Kepenggunaan IPT 2023 ‘Pengguna Berdaya, Negara Rahmah Sejahtera’ telah diadakan di UTM, Johor Bahru. Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Kelab Gerakan Pengguna Siswa dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini bertujuan mengangkat kembali martabat bahasa kebangsaan di samping menyebarkan pengentahuan mengenai kepenggunaan dalam kalangan mahasiswa. Selain itu, ia juga bertujuan memberikan platform kepada mahasiswa yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta menyerlahkan bakat mereka untuk berpidato mengenai isu-isu kepenggunaan dan memperkasa mahasiswa yang merupakan golongan muda untuk menjadi pengguna yang lebih cakna dan berdaya upaya dalam pelbagai aspek berkaitan hak kepenggunaan. 

 

                                        

Seramai tujuh orang peserta pidatoyang terdiri daripada mahasiswa institut penganjian awam/swasta telah berjaya memasuki peringkat akhir yang bertempat di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia. Mereka yang berjaya memasuki pusingan akhir ini perlu membuat persembahan dan telah diadili melalui elemen isi pidato, gaya persembahan, bahasa semasa


Pertandingan Pidato Kepenggunaan IPT 2023 ‘Pengguna Berdaya, Negara Rahmah Sejahtera’ berhasil menyajikan pidato-pidato yang menginspirasikan dan motivasi bagi generasi muda. Peserta-peserta yang berbakat dan penuh semangat tampil dengan pidato-pidato yang memotivasikan, menginformasikan dan menggerakkan emosi pendengar. Pertandingan ini juga memberikan pengalaman berharga bagi para peserta dalam mengembangkan keterampilan berpidato mereka dan memberikan kontribusi positif dalam masyarakat. 


Juara bagi Pertandingan Pidato ini telah dirangkul oleh Saudara Wan Muhammad Fahmi Bin Wan Nazri, wakil daripada Universiti Sains Malaysia kampus Kesihatan, Kelantan yang mempersembahkan pidato yang bertajuk "Kos Sara Hidup Mempengaruhi Keharmonian & Kesejahteraan ke Arah Pemangkin Malaysia Madani" membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000.00 beserta plak dan sijil. Tempat kedua pula dimenangi oleh Saudara Wan Muhammad Zabir Bin Wan Zakir Zailani, wakil daripada UiTM Kampus Jengka Pahang yang mengetengahkan pidato yang bertajuk " Penurunan Kadar Cukai Pendapatan Individu Cerminan Malaysia Madani", membawa pulang wang tunai Rm700.00 beserta plak dan sijil. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Saudari Geogia Gregory, wakil daripada Universiti yang membawa pulang wnag tunai berjumlah Rm500.00 beserta plak dan sijil. Manakala empat orang yang lain iaitu Saudara Muhamma Afif Hakimi Bin Abdul Rashid, Saudari Rabia'tul Adawiyah Binti Mohd Abd Rashid, dan Saudari Nurin Erina Syazwani Binti Wahab telah memenangi tempat saguhati yang membawa pulang wang tunai sebanyak Rm100.00 beserta sijil.


Diharapkan penganjuran Pertandingan Kepenggunaan IPT "Pengguna Berdaya, Negara Rahmah Sejahtera" ini dapat menjadi wardah permulaan bagi mahasiswa yang berpotensi untuk terus menyerlahkan bakat yang mereka ada disamping menyebarkan ilmu mengenai kepenggunaan dalam satu gelombang baru. Semoga acara ini juga dapat menjadi titik permulaan kepada semua mengenai kepentingan ilmu pengetahuan mengenai hak-hak kepenggunaan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Karnival Generasi Pengguna Pintar: Bicara Kepenggunaan Mengenai Belia & Krisis Kewangan

JOHOR BAHRU, 24 Mei - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil langkah proaktif dalam memperkenalkan Program "Bicara Kepengg...