JOHOR
BAHRU, 25 Januari –Program Meet & Greet 2.0 yang dianjurkan oleh
Kelab Gerakan Siswa (GPS) UTM telah dijalankan secara atas talian, namun begitu
inisiatif program ini selari dengan keperluan pelajar yang beragama Islam yang
bakal menduduki peperiksaan akhir yang menjelang tidak lama lagi. Program ini telah
menghadirkan sinar optimisma dan ketenangan dalam menyambut cabaran akademik
peperiksaan akhir semester ini.
Program
yang dimulakan dengan penuh semangat, bermula dengan pendaftaran peserta yang
diiringi kata alu-aluan oleh pengacara majlis. Aura ketenangan telah menyelubungi
ruang dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat yang turut disusuli dengan ucapan
semangat dari Penasihat Kelab GPS UTM.
Aktiviti
cabutan bertuah menjadi faktor keterujaan dari para pelajar yang turut hadir
dalam program ini telah mencipta memori. Sesi bergambar dan majlis bersurai
telah menyempurnakan pengalaman setiap peserta.
Bacaan Yassin Bersama peserta
Program
Meet & Greet 2.0 memperoleh kejayaan dengan penyertaan aktif
daripada 137 pelajar, yang terdiri daripada ahli Kabinet Gerakan Pengguna Siswa
UTM dan para pelajar UTM yang lain. Kejayaan initelah mencorakkan sebuah acara
yang bukan sahaja mencapai objektif asas program malah memberi impak yang
positif terhadap motivasi kepada pelajar.
Majlis
bersurai dengan meninggalkan kenangan dan semangat untuk menjawab peperiksaan dalam
kalangan peserta. Program Meet & Greet 2.0 telah membuktikan bahawa
ia adalah suatu peristiwa yang memupuk semangat kejayaan di kalangan pelajar
UTM.
Dengan
demikian, program ini telah berjaya menyampaikan kesedaran tentang kepentingan
usaha, doa, dan tawakal kepada Allah dalam menghadapi cabaran peperiksaan
akhir. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua peserta yang bakal
menghadapi pada peperiksaan akhir semester ini.