Isnin, 18 Mac 2024

SANTUNI KEBAHAGIAAN DAN KETENANGAN: PROGRAM MEET & GREET 2.0 KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA UTM

 

JOHOR BAHRU, 25 Januari –Program Meet & Greet 2.0 yang dianjurkan oleh Kelab Gerakan Siswa (GPS) UTM telah dijalankan secara atas talian, namun begitu inisiatif program ini selari dengan keperluan pelajar yang beragama Islam yang bakal menduduki peperiksaan akhir yang menjelang tidak lama lagi. Program ini telah menghadirkan sinar optimisma dan ketenangan dalam menyambut cabaran akademik peperiksaan akhir semester ini.

Program yang dimulakan dengan penuh semangat, bermula dengan pendaftaran peserta yang diiringi kata alu-aluan oleh pengacara majlis. Aura ketenangan telah menyelubungi ruang dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat yang turut disusuli dengan ucapan semangat dari Penasihat Kelab GPS UTM.

Aktiviti cabutan bertuah menjadi faktor keterujaan dari para pelajar yang turut hadir dalam program ini telah mencipta memori. Sesi bergambar dan majlis bersurai telah menyempurnakan pengalaman setiap peserta.


Bacaan Yassin Bersama peserta


Program Meet & Greet 2.0 memperoleh kejayaan dengan penyertaan aktif daripada 137 pelajar, yang terdiri daripada ahli Kabinet Gerakan Pengguna Siswa UTM dan para pelajar UTM yang lain. Kejayaan initelah mencorakkan sebuah acara yang bukan sahaja mencapai objektif asas program malah memberi impak yang positif terhadap motivasi kepada pelajar.

Majlis bersurai dengan meninggalkan kenangan dan semangat untuk menjawab peperiksaan dalam kalangan peserta. Program Meet & Greet 2.0 telah membuktikan bahawa ia adalah suatu peristiwa yang memupuk semangat kejayaan di kalangan pelajar UTM.

Dengan demikian, program ini telah berjaya menyampaikan kesedaran tentang kepentingan usaha, doa, dan tawakal kepada Allah dalam menghadapi cabaran peperiksaan akhir. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua peserta yang bakal menghadapi pada peperiksaan akhir semester ini. 



ZAHIRKAN KESEJAHTERAAN DAN KEAKRABAN: “PROGRAM MEET AND GREET 1.0 GPS” MENGUATKAN SILATURAHIM DI KALANGAN AHLI KELAB GPS

JOHOR BAHRU, 21 Disember – Program Meet and Greet 1.0 yang dijalankan oleh Kelab Gerakan Pengguna Siswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini telah berlansung dengan meriah selari dengan tujuan mengeratkan hubungan antara ahli Kelab (GPS) serta memberi pendedahan berkaitan hak-hak pengguna.

Program yang berinisiatif ini sesuai dengan semangat kerjasama dan keharmonian, telah memikat perhatian sebilangan pelajar UTM. Dengan penuh semangat, Kelab Gerakan Pengguna Siswa mempersembahkan program yang dijangka memberikan impak positif dalam kalangan Ahli Kelab (GPS).

Proses pendaftaran yang berjalan lancar menandakan permulaan yang baik untuk pengalaman unik ini. Pada pukul 8:20 malam, para pelajar berkongsi keceriaan di dewan bowling ketika setiap peserta memulakan aksi penuh semangat, mencipta kenangan yang sukar dilupakan.

Aktiviti Bowling yang dirancang rapi membawa kepada kejayaan program ini. Sesi penyampaian hadiah diraihkan dengan sorakan menceriaan suasana. Program ini bukan hanya mencapai matlamat semangat kekitaan, malah memberi pendedahan berkongsi ilmu kepengunaan dan hak-hak pengguna sesama ahli Kelab.

Majlis bersurai diakhiri dengan kenangan manis dan semangat kekeluargaan dalam kalangan para peserta. Program Meet and Greet 1.0 telah mencipta  dalam Kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM.

 


 Sesi mengambil foto Program Meet & greet 1.0. 



Peserta-peserta Program Meet & greet 1.0. 




Ahad, 10 Mac 2024

KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA MEMPERKASAKAN PENGETAHUAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

JOHOR BAHRU, 26 Nov - Dataran UTM menjadi medan perhimpunan yang membangkitkan semangat kesedaran pengguna dalam kempen yang dianjurkan oleh Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dengan kerjasama FESKO67, KPDN serta penyertaan beberapa institusi pengajian tinggi seperti politeknik dan UTHM. Acara tersebut bertujuan untuk memberikan pendidikan serta meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna kepada komuniti pelajar serta masyarakat umum.

Ciri utama program ini adalah pengenalan kepada konsep "Pengguna Bijak, Tahu Hak, Berani Bertindak". Melalui sesi interaktif, peserta diajar untuk menjadi pengguna yang peka terhadap hak mereka, memahami tanggungjawab mereka dalam transaksi penggunaan, dan memperoleh keberanian untuk bertindak jika hak mereka dilanggar.

 

Slot pertama: Aduan Pengguna

 

Salah satu aspek penting dalam program ini adalah slot ceramah yang dianjurkan oleh Unit Aduan KPDNKSH Johor, yang membincangkan isu-isu mengenai aduan pengguna secara terperinci. Dalam sesi ini, wakil dari unit aduan memberikan pandangan yang mendalam tentang proses penyelesaian aduan pengguna, hak-hak pengguna dalam konteks aduan, dan strategi untuk melindungi diri daripada penipuan atau masalah penggunaan lainnya.

 

Slot Kedua: Penerangan Aplikasi “Price Catcher’

 

Penerangan mengenai aplikasi "Price Catcher" yang dipersembahkan oleh Bahagian Harga Barang Negara (BHBN) KPDNKSH Johor merupakan sorotan utama dalam program ini. Dalam sesi ini, wakil dari BHBN menjelaskan secara terperinci tentang aplikasi tersebut, yang bertujuan untuk membantu pengguna bagi membandingkan harga barangan dari pelbagai peniaga sebelum membuat keputusan pembelian. Penjelasan ini memberi penekanan kepada para pengguna bahawa betapa pentingnya menggunakan alat-alat digital bagi membantu untuk membuat keputusan pembelian yang lebih bijak dan ekonomi.

 

Sesi penyampaian hadiah Kuiz Hero Pengguna

 

Selain itu, program ini juga menyediakan ruang untuk berinteraksi dan sesi Kuiz Hero Pengguna bagi mengunji minda para peserta hadir. Pelbagai hadiah yang menarik juga ditawarkan, termasuklah hadiah terkumpul sebanyak RM260. Dengan adanya kuiz ini, peserta dapat menguji pengetahuan mereka tentang hak-hak pengguna dalam suasana yang menyeronokkan. Sesi penyampaian hadiah dan jamuan makan turut menyempurnakan acara dengan memberikan penghargaan kepada usaha peserta.

 

Sesi bergambar barisan AJK

 

Kerjasama erat antara GPS UTM, FESKO67, KPDN, serta penyertaan politeknik dan UTHM telah memberikan dimensi yang luas kepada Kempen Kesedaran Pengguna ini. Dengan melibatkan pelbagai institusi pengajian tinggi, program ini mampu mencapai sasaran yang lebih meluas dalam menyebarkan kesedaran pengguna dan meningkatkan perlindungan terhadap hak-hak pengguna. Diharapkan bahawa melalui pendidikan dan penglibatan aktif, masyarakat dapat menjadi lebih proaktif dalam melindungi hak-hak mereka dan membuat keputusan yang bijak sebagai pengguna.

KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA TAMPILMEWARNAIMALAM DENGAN TEMA “COLOUR BLOCK”

 

JOHOR BAHRU, 28 Disember - Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru telah mengadakan majlis apresiasi bagi memperkuat ikatan dalam kalangan anggota serta menghargai sumbangan para Majlis Tertinggi Sesi 2022/2023. Majlis yang diadakan di Grand Blue Wave Hotel ini menjadi acara penutup bagi sesi 2022/2023, sambil meraikan pencapaian dan komitmen dalam kelab.

 

Majlis yang menghimpunkan anggota kelab GPS UTM Johor Bahru serta tetamu VIP ini menjadi penutup bagi sesi 2022/2023 yang penuh dengan cabaran dan kejayaan. Dengan tema 'Colour Block', suasana majlis diterangi dengan warna-warna yang mencerminkan semangat kepelbagaian dan keharmonian dalam kalangan anggota.


Sesi Pendaftaran Peserta

 

Majlis yang bermula dengan ucapan dan jamuan makan telah menarik perhatian para ahli GPS UTM Johor Bahru serta tetamu VIP yang turut hadir. Dengan bayaran RM20 untuk ahli manakala RM25 untuk bukan ahli, majlis ini menjadi acara yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.

 

Antara objektif utama majlis ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara ahli GPS UTM Johor Bahru, dengan memberikan penghargaan kepada Majlis Tertinggi GPS UTM Johor Bahru atas sumbangan mereka sepanjang sesi 2022/2023, dan memupuk budaya saling menghargai di dalam kelab.


Majlis Penyampaian Hadiah

 

Salah satu tumpuan utama majlis adalah sesi penyampaian sijil penghargaan kepada semua Majlis Tertinggi dan Kabinet Kelab GPS UTM Johor Bahru Sesi 2022/2023, serta sesi penyampian sijil perlantikan kepada Majlis Eksekutif dan Kabinet GPS sesi 2023/2024. Majlis juga disempurnakan dengan beberapa persembahan daripada ahli kelab dan juga VIP.

 

Terdapat juga sesi penyampaian Anugerah Khas yang meliputi Anugerah Krew Terbaik Program GPS, Anugerah Kabinet Terbaik, Anugerah Majlis Eksekutif Terbaik, Anugerah Pengarah Program Terbaik, Anugerah Program Terbaik, dan Anugerah Actor and Actress of The Night. Anugerah-anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan terbaik dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kelab. Slot yang paling dinanti-nantikan oleh semua adalah cabutan bertuah, di mana hadiah-hadiah yang menarik telah disediakan dan dimenangi oleh beberapa tetamu yang bernasib baik.

 

Majlis juga diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata kepada perasmi dan tetamu VIP, sambil memenuhi kehendak protokol dan menghargai kehadiran mereka. Penghargaan merit UTM dan e-sijil juga disampaikan kepada para peserta sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan dari kelab dan universiti.


Barisan Majlis Tertinggi Kelab GPS

 

Dengan berakhirnya majlis apresiasi ini adalah harapan untuk melihat kelab terus berkembang dan mengukuhkan lagi hubungan dalam kalangan anggota. Kejayaan sesi ini menjadi titik tolak bagi GPS UTM Johor Bahru untuk terus bergerak ke hadapan dalam mewujudkan aktiviti-aktiviti yang lebih bermakna bagi komuniti kampus dan masyarakat setempat.

Sabtu, 9 Mac 2024

Program “We Care We Share” santuni pelajari duduki peperiksaan

JOHOR BAHRU, 8 Feb. – Kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM melalui program “We Care We Share 1.0” telah menyantuni hampir 200 orang pelajar UTM yang akan menduduki peperiksaan di Dewan Peperiksaan Blok N24, UTM Johor Bahru.


Program tanggungjawab sosial ini menjadi salah satu program tahunan Kelab GPS UTM Johor Bahru yang telah dimulakan pada tahun 2023. Sebanyak 200 bungkus roti dan air kotak telah diedarkan kepada pelajar-pelajar UTM yang akan menduduki peperiksaan di dewan peperiksaaan yang terletak di bangunan N24.

photo y
Barisan jawatankuasa “We Care We Share 1.0” yang komited menjalankan tugas mereka.

Pengarah program “We Care We Share 1.0”, Akmal Rizal Zaini berkata program yang dianjurkan ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial yang diadakan oleh Kelab GPS UTM Johor Bahru pada tahun ini. Agihan kepada pelajar-pelajar UTM yang bakal menduduki peperiksaan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar mengisi perut sebelum masuk ke dewan peperiksaan, ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Kelab GPS UTM turut berkesempatan menyalurkan sumbangan berbentuk makanan kering seperti biskut, bihun, mi segera, gula dan tepung ke Rumah Pertubuhan Anak-Anak Yatim Johor (Rumah Barkat) sejurus selesai sesi agihan roti dan air kotak di dewan peperiksaan bangunan N24.

photo y
Ahli kelab GPS semasa mengedarkan roti dan air kotak kepada pelajar di N24.

Kelab GPS UTM akan menganjurkan Program We Care We Share 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai ini di lokasi yang berlainan pula. Semoga pelajar-pelajar dapat menjana tenaga dan minda untuk menjawab soalan peperiksaan dengan lancar dan bersemangat. Selamat Maju Jaya dari GPS UTM.

Ahad, 26 November 2023

KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA SERLAH POTENSI DENGAN MERAIH KEMENANGAN CIP-GPS PERINGKAT NEGERI : PROGRAM PEMERKASAAN GPS.


JOHOR BAHRU, 23 hingga 25 Nov - Kelab Gerakan Pengguna Siswa telah mengikuti Program Pemerkasaan GPS dan Lestari Alam Sekitar peringkat negeri anjuran KPDN di Savanna Hill Resort.


Program pemerkasaan yang dilaksanakan selama 3 hari melibatkan seramai 7 orang wakil Gerakan Pengguna Siswa UTM (GPS UTM) iaitu Insyirah Binti Ash'ari, Hanis Wahidah Binti Abd Wahab, Muhammad Najmi Shah Bin Muhamed Azam Shah, Izzah Sofiyah Binti Mohd Murtadha, Amirul Irfan Bin Ahmad Sophian, Nursafiqah Binti Hamzah dan Rozaidi Bin Roslan. Pada 23 Nov, program dimulakan dengan pendaftaran peserta yang disusuli dengan aktiviti Sukan Rakyat atau Team Building. Seterusnga, mereka turut terlibat dengan Aktiviti liga bola jaring. Semangat berpasukan yang tinggi dan sikap tidak mudah berputus asa dalam diri setiap wakil GPS UTM, telah berjaya menempatkan kelab Gerakan Pengguna Siswa pada kedudukan tertinggi iaitu “JOHAN”.


image1.png

Barisan Wakil Gerakan Pengguna Siswa UTM


Pada 24 Nov, program diteruskan dengan aktiviti Flag Off Cabaran Intelektual Pengguna Gerakan Pengguna Siswa (CIP-GPS). Aktiviti CIP-GPS ini adalah berkonsepkan explorace dimana mereka perlu mengharungi sebanyak enam checkpoint . Tugasan yang berbeza-beza perlu diselesaikan oleh peserta wakil GPS UTM di setiap checkpoint. Namun dengan pemikiran kreatif serta kekuatan fizikal dan emosi mahupun rohani setiap wakil tidak menghalang mereka untuk menyelesaikan setiap checkpoint dengan jayanya. Malah, mereka berjaya membawa pulang kemenangan “JOHAN” bagi aktiviti CIP-GPS dan membanggakan kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM diperingkat negeri.


image3.png

Sesi Bergambar Sebelum aktiviti CIP-GPS


Pengisian program diteruskan dengan sesi perkongsian taklimat yang berlangsung pada 25 Nov. Telah berlangsungnya 3 sesi taklimat pada hari tersebut. Taklimat pertama adalah bertajuk “Garis Panduan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) 2024” telah disampaikan oleh Unit Pendayaupayaan Pengguna, taklimat kedua adalah “Price Catcher” yang disampaikan oleh Bahagian Harga Barang Negara dan taklimat yang terakhir adalah “ Hero Pengguna” yang turut disampaikan oleh Unit Pendayaupayaan Pengguna. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk menambah pengetahuan peserta mengenai Gerakan Pengguna Siswa.


Program yang berlangsung selama 3 hari ini telah mencipta banyak kenangan manis bagi kelab Gerakan Pengguna Siswa hasil kejayaan yang diraih oleh wakil GPS UTM. Dimana secara keseluruhan, mereka telah berjaya membawa pulang dua anugerah berkumpulan iaitu Johan bagi pertandingan Liga Bola Jaring dan Johan bagi Cabaran Intelektual Pengguna Gerakan Pengguna Siswa (CIP-GPS). Malah mereka juga telah berjaya meraih dua kemenangan secara individu iaitu, pakaian tercantik yang dimenangi oleh saudara Rozaidi Bin Roslan dan cabutan bertuah oleh saudari Insyirah Binti Ash'ari.

image2.png

Sesi Bergambar Wakil GPS Utm Bersama Hadiah Kemenangan Sepanjang Program


Kelab Gerakan Pengguna Siswa merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan wakil GPS UTM atas kejayaan yang diraih sepanjang program Pemerkasaan GPS ini, disamping mengharapkan agar barisan GPS UTM yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sentiasa bersemangat untuk terus mencipta kejayaan bagi kelab ini pada masa akan datang. There is immense power when a group of people with similar interests gets together to work toward the same goals.


Jumaat, 10 November 2023

MEMPERKASA KETERAMPILAN LITERASI PROGRAM MELALUI SEMINAR: INISIATIF KELAB GERAKAN PENGGUNA SISWA UTM 

JOHOR BAHRU, 9 Nov – Kelab Gerakan Pengguna Siswa telah menjalankan Seminar Literasi Kewangan terbuka kepada semua pelajar di Dewan Bankuet UTM. 

              Terkini, program bermula dengan sarapan pagi yang disusuli oleh sesi ceramah pertama “Kebankrapan bukanlah satu pengakhiran, tetapi ianya adalah satu permulaan” dipetik daripada Yang Berusaha Tuan Zulhilmi Bin Nordin Penolong Pegawai  Undang-Undang (Wakil Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Johor) memberi ceramah pertama dengan tajuk “Celik Kewangan, Elakkan Muflis”. Tuan Zulhilmi menekankan kepentingan untuk menghadapi notice kebankrapan dengan bijak dan memberikan nasihat berharga mengenai penanganan mahkamah. dan didapati jumlah kes kebankrapan yang paling tinggi adalah dari pinjaman peribadi sumber dari Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl). Seterusnya, suasana pencerahan terus berlanjut dengan ceramah kedua yang disampaikan oleh Tuan Mohd Nawawi Bin Mohd Hassan, Pengurus Bank (Wakil Bank Negara Malaysia Negeri Johor). Beliau membahas isu 'Financial Scam and Digital Literacy', memberikan pemahaman mendalam mengenai penipuan kewangan digital dan literasi dalam era digital.


A person standing in front of a group of people in a room

Description automatically generated

Sesi ceramah pertama “Celik Kewangan, Elakkan Muflis”


              Seterusnya, Sesi ceramah ketiga adalah daripada Insp. Mohamad Ridhwan Bin Ramli Insp. Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Wakil Polis diraja Malaysia negeri Johor Berkaitan “Scammer”. Pengalaman beliau dalam menangani mangsa-mangsa penipuan memberikan wawasan yang berharga. Sesi ini memberikan ruang untuk peserta mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu-isu scam yang mungkin dihadapi oleh mereka dan berinteraksi dengan Insp. Ridhwan. Diusuli dengan ceramah yang keempat daripada Puan Nur Iffah Zahidah Binti Mohd Zin Pegawai Pemantau Harga Wakil Majlis Harga Berangan Negara mengenai “Price Catcher”, didemonstrasikan aplikasi Pricecatcher dimana kita dapat membandingkan harga diantara 400 barangan seluruh Malaysia dengan mudah dan cepat. 


A group of people sitting in a room

Description automatically generated

Situasi Kuiz Kahoot Kepenggunaan selepas tamat setiap ceramah


Perasmian Program Literasi Kewangan disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Puan Lilis Saslinda Binti Pornomo Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor, Yang Berusaha Professor Madya Dr. Azlan Bin Abdul Latib Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar (Bahagian Aktiviti dan Pembangunan Pelajar) JNTC HEPA Universiti Teknologi Malaysia, Yang Dihormati, Encik Janendran A/L Sugumar, Penolong Ketua Penguatkuasa Negeri (KPDN) Negeri Johor, Yang Dihormati Encik Mohamad Hasyiq Bin Haji Hamdan, Penasihat Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS), Yang Dihormati Saudari Insyirah Binti Ash’ari Pengarah Seminar Literasi Kewangan merangkap Presiden Kelab Gerakan Pengguna Siswa, Yang Dikasihi Pegawai Kanan KPDN Negeri Johor, dan Mahasiswa Institut Pengajian Guru Kampus Temenggung Ibrahim. 

A group of people standing on a stage

Description automatically generated

Majlis Perasmian Penutup Seminar Literasi Kewangan 


Sebagai tambahan, Kelab Gerakan Pengguna Siswa menyediakan pemberian untuk peserta, termasuk bag kitar semula, air minuman, makanan, dan risalah yang boleh membantu mereka dalam menguruskan kewangan peribadi mereka.

Seminar ini tidak hanya memberikan pengetahuan praktikal tetapi juga memberikan peluang untuk berinteraksi dengan pakar-pakar dalam bidang kewangan. Dengan inisiatif seperti ini, diharapkan pelajar dapat memperkasa keterampilan literasi program mereka dan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam pengurusan kewangan peribadi sehari-hari.


Borneo Consumer Heroes 2025: UTM GPS Perkukuh Kepenggunaan dan Jalinan Komuniti di Sabah

  KOTA KINABALU, 22 Ogos – Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru telah menganjurkan Program B...